~ mErekA yanG spOrting ~

Monday, February 14, 2011

~Cantiknya Lelaki dan Gagahnya Wanita~


sedAng melihAt2 "mukabuku" ... tiba2 terpandang 1 nOtes yg menarik minat ruiska untuk 
membacenyer ....

artikel or nOtes ni di tag n share oleh several kwn ruiska kt fb ... cAm menarik ... 
ruiska terlintas nk kOngsi ngAn korang kt cni ....

       credit tO   syahirul.com  for da nOtes ~
 
jOm kite tgOk... lau yg da terbace tu wat2 j la x bAcer ag ek ~ huhu ~ ;p 

ekceli lelaki jugA cantik & wanita itu jugA gagah walaupon wanita slAlu dikatakan kaum yg lemah ~ 


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
 
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
 
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:
 “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”
 Surah Al-Ahzab : Ayat 71

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

renung2kan ~ adakah anda seorang wanita yg gagah @ lelaki yg cantik ???

No comments:

Post a Comment