~ mErekA yanG spOrting ~
Saturday, December 3, 2011
Monday, November 28, 2011
~ NEWS : Remaja Terlampau ~
KUANTAN - Memalukan. Itulah perkataan yang sesuai menggambarkan perbuatan tidak senonoh dua individu dipercayai sepasang kekasih apabila tanpa segan silu melakukan maksiat dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta belakang lorong kedai, Jalan Datuk Lim Hoe Lek di sini, petang semalam.
Perbuatan terkutuk pasangan berusia dalam lingkungan 20-an itu sempat dirakam orang awam kebetu-lan berada di kawasan itu.
Lebih memalukan, pasangan wanita yang melakukan adegan itu nampak sopan dengan bertudung dan berbaju kurung.
Orang awam dikenali sebagai Fook berkata, adegan memalukan dalam kereta jenis Proton Saga itu berlaku kira-kira 20 minit.
Menurutnya, dia kebetu-lan di pejabat berhampiran kawasan itu ternampak kelibat mencurigakan pasangan terbabit sebelum keluar meninjau kerana bimbang berlaku kejadian jenayah di situ.
“Selepas mengamati barulah saya tahu peristiwa sebenar di mana pasangan kekasih itu sedang asyik bermadu asmara di tempat terbuka tanpa segan silu,” katanya.
Fook berkata, tidak lama kemudian dia ternampak kereta itu beredar namun masih berlegar di kawasan terbabit sebelum meninggalkan kawasan itu.
Sementara itu, seorang pekerja swasta di kawasan berkenaan yang mahu dikenali sebagai Rahman berkata, lorong belakang yang agak tersorok dan jarang dilalui kenderaan memberi kesempatan kepada pasangan gelojoh nafsu seperti itu melakukan aksi terlarang.
Dia berkata, beberapa rakannya pernah menceritakan terserempak dengan pasangan kekasih yang sedang memadu asmara dalam kereta seperti mana aksi yang dirakamkan itu.
“Kalau boleh, pihak berkuasa agama turut memberi tumpuan dan membuat rondaan di kawasan lorong belakang bagi membendung gejala negatif ini.
“Mungkin pasangan kekasih seperti itu berani melakukan maksiat kerana mereka tahu kawasan itu ‘selamat’ dan tersorok,” katanya.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/buat-maksiat-dalam-kereta-1.8237
Saturday, November 26, 2011
Thursday, November 24, 2011
Resipi : Breakfast X3
salam semua .....
ahhhhaaaa ~ tabiat yang x boleh dikikis ~ sekali update mau berderet entry pd hari yang same ~ teheee ~
tengok tajuk tu pon mesti kOrang ase " sewey pe minah ni ... ptg2 update resipi breakfast " ...
ahahaha ~ dulik pe ... hehe ~
ekceli ni resipi suke hati dari ruiska time cuti raye haji hari tu ... lau nak tau ... i ske masak western food & create resipi baru sesedap rase ~ hehe ~
jom terjahhhhhh !!!! zasssssssssss !!!!
***********************************************************
BREAKFAST X3
BAHAN2 :
- 2 keping roti putih/ roti sandwich (yang 4 segi tu)
- 2 batang sosej (ptong 3 bahagian @ suke ati korang la nak potong camne pon ... x potong pon x pe)
- 1 biji telur
- serbuk secukup rasa Maggi (nak guna garam halus @ serbuk pasti sedap pon boleh)
- serbuk lada hitam (xnak gune pon x pe)
- sos cili secukup rase
- sos tiram secukup rase
- sedikit kicap
- planta @ minyak masak
- bawang besar dihiris/potong dadu (amount suke hati la ...)
CARA2 :
- rebus sosej shingga masak (better la... xnak rebus pon x pe) - toskan
- pecahkan telur dan masukkan sedikit serbuk secukup rasa & serbuk lada hitam (gaul sebati)
- cairkan planta dan masukkan telur, buat scramble egg (api sederhana) - ketepikan
- sekali lagi cairkan planta dalam kuali, masukkan bawang besardan kacau
- then masukkan serbuk lada hitam, sos cili, sos tiram, kicap & sedikit serbuk secukup rasa
- then masukkan sosej yg direbus td dalam kuali dan gaulkan sehingga masak. - angkat
- hidangkan bersama roti putih/bakar & scramble egg
- sedia untuk ditelan ~
~ nota jari ::: hidangan untuk 1-2 orang ~
***********************************************************
~ SELAMAT MENCUBA ~
P/S ::: lau de sape2 yang buat resipi ni tolong gtau hasilnya yer ~ hehe ~
Subscribe to:
Posts (Atom)

















